DUB 1012 - PENGAJIAN MALAYSIA

Saturday 12 September 2015

KESIMPULAN


KESIMPULAN


Sukan dilihat sebagai satu aset komesial yang berpotensi untuk berkembang dengan pesat bagi menjana ekonomi negara kita 

Dengan keanggotaan dari 53 negara di seluruh dunia, dari setiap benua dan dengan 1.6 billion penduduk,negara-negara Komanwel percaya bahawa mereka boleh menunjukkan satu contoh yang konstruktif mengenai pendekatan multinasional yang penting bagi keamanan dan pembangunan dunia moden.Badan ini berasaskan perunding,perbincangan dan kerjasama.Hubungan ini menggalakkan dan meluaskan kesefahaman antara negara dan membekal pengaruh yang kuat demi keamanan. 

Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan , pembangunan sains dan teknologi, pertanian , pendidikan dan sebagainya melalui Komanwel ini. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel umpamanya pemberian status GSP bagi barang Malaysia.Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berkerjasama dan berganding bahu supaya negara kita terus maju ke hadapan serta aman dan makmur.

Dengan ini, kita juga perlulah menjaga adab sopan santun kepada negara yang lain supaya negara Malaysia dipandang dan disanjung tinggi. 



No comments:

Post a Comment