KOMANWEL
Bendera Komanwel
Bendera Negara Komanwel
SEJARAH PENUBUHAN
Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan Negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain.
Syarat-syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah Negara merdeka, persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain. Pertubuhan ini dianggotai oleh 49 buah Negara termasuk Malaysia.
PENGENALAN
Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).
Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.
INFO
Sukan Komanwel XVI 1998 merupakan Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 September1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke-20. Satu rekod 70 negara (34 daripanya memperoleh pingat) membekalkan 3638 atlet.
Opening Ceremony of Kuala Lumpur 1998 XVI Commonwealth Games - Selamat Datang
TUJUAN PENUBUHAN KOMANWEL
- Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota.
- Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.
- Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota.
- Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain.
- Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota.
- Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel.
PERANAN KOMANWEL
- Menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan dunia,penjajahan politik dan ekonomi serta masalah Apartheid.
- Menubuhkan tabung antarabangsa untuk pemuliharaan alam sekitar.
- Menguruskan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun
- Mengurankan pencemaran laut.
- Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
KESAN POSITIF
- Membantu membangunkan program sukan negara melalui tajaan daripada pihak swasta dengan menyediakan dana kewangan yang besar
- Melahirkan ramai bintang sukan bertaraf dunia melalui tajaan dan sokongan pihak korporat
- Menyediakan peluang pekerjaan menerusi sektor-sektor yang berkaitan dengan sukan seperti pelancongan, perhotelan, penyiaran dan perkilangan
- Mempromosikan negara ke seluruh dunia melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa
KESAN NEGATIF
- Mementingkan keuntungan dan mengetepikan nilai-nilai murni yang ingin dibentuk melalui sukan
- Melahirkan atlet yang kurang jati diri, komitmen dan semangat patriotisme kerana mereka hanya mengejar kebendaan
Sasaran pingat Sukan Komanwel realistik, atlet bukan 'makan angin'
KUALA LUMPUR: Setiap kali menjelang penyertaan negara dalam temasya sukan besar seperti Sukan Olimpik, Komanwel, Asia dan Sukan SEA, perhatian pasti tertumpu kepada sasaran pungutan pingat kontinjen negara.
Pada temasya Sukan Komanwel ke-20 ini di Glasgow Scotland, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menetapkan sasaran tujuh pingat emas, jauh lebih rendah daripada pencapaian di New Delhi dengan 12 pingat emas pada tahun 2010.
Jumlah sasaran itu juga telah dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Majlis Sukan Negara (MSN) disifatkan sebagai realistik berdasarkan situasi semasa dan pengguguran beberapa acara kegemaran Malaysia oleh negara penganjur.
Namun, sesetengah pihak memandang sinis sasaran yang dibuat malah menyelar segelintir persatuan sukan atau atlet yang bertanding dan menganggap pemergian mereka sebagai 'buang masa', membazir peruntukan yang diberi dan ada juga yang dikatakan sekadar pergi untuk 'makan angin' di negara penganjur.
Malah, isu sasaran pingat ini juga mencetuskan perbahasan antara dua pihak yang pernah dan sedang menerajui MSN iaitu Datuk Wira Mazlan Ahmad bekas Ketua Pengarah MSN dan Datuk Seri Zolkples Embong, peneraju MSN sekarang.
Khairy menyifatkan isu sasaran pingat ini menjadi 'panas' berikutan pengumuman bukan dibuat oleh menteri sendiri tetapi oleh Ketua Kontinjen Datuk Ong Poh Eng, namun beliau tetap menegaskan bahawa sasaran itu realistik dan dibuat atas persetujuan bersama banyak pihak.
Ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Komanwel baru-baru ini, Khairy turut berkata segala persiapan atlet untuk ke temasya besar dilakukan bukan dalam masa terdekat sebaliknya bermula sejak awal lagi.
Selaras dengan peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan, program pembangunan atlet telah dilaksanakan dari atlet junior hingga kepada atlet senior, dan pemilihan atlet menyertai kejohanan besar adalah berdasarkan prestasi semasa mereka di samping pendedahan kepada atlet berpotensi mencari pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa.
Zolkples pula menyifatkan sasaran pingat sama ada oleh atlet mahupun persatuan haruslah realistik dengan kedudukan semasa serta keupayaan sendiri.
"Kalau tidak mampu buat apa hendak letakkan sasaran. Jangan sebab nak yakinkan mana-mana pihak, jadi letak sasaran yang tidak logik. Nak buat sasaran biar realistik dan kita sendiri pun tahu keadaan temasya kali ini yang banyak acara tidak dipertandingkan," katanya.
Beliau berkata:"Cuma kita hendak ingatkan setiap dari atlet yang bertanding di temasya Sukan Komanwel ini adalah mereka yang layak. Contohnya, ragbi, mereka layak ke Sukan Komanwel secara automotik berdasarkan prestasi cemerlang tahun ini.
"Temasya kali ini untuk ukur prestasi sekaligus memperbaiki kelemahan yang ada untuk temasya Sukan Asia pula," katanya sekaligus menafikan pemergian atlet bukan sekadar untuk 'makan angin'.
Selain itu, Zolkples berkata pengumuman mengenai sasaran pingat yang agak lewat dibuat adalah berikutan prestasi semasa atlet sebelum menyertai kejohanan besar.
"Seperti contoh, Datuk Lee Chong Wei yang kita sasarkan untuk mendapat pingat tapi akhirnya terpaksa menarik diri akibat kecederaan. MSN sentiasa memantau keadaan dan prestasi atlet sebab itu sasaran yang dibuat agak lewat kali ini," katanya yang menafikan dakwaan kononnya tidak yakin dengan pencapaian kontinjen negara pada Sukan Komanwel kali ini.
Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata semua persatuan sukan yang menghantar atlet mereka ke temasya sukan besar perlu mengemukakan sasaran mereka kepada Jawatankuasa Pemilihan dan bukan sekadar untuk menjadi 'pelancong'.
Selain itu, beliau berkata beberapa sukan lain yang mempunyai atlet berpotensi turut diberi peluang menghantar atlet mereka sebagai satu pendedahan tetapi dengan syarat mereka menunjukkan pencapaian terbaik ketika bertanding, bukan sekadar untuk memenuhi kuota semata-mata.
"Macam olahraga atau renang, mereka perlu melepasi had kelayakan tapi tidak ramai, maka tempat yang ada kita bagi pada sukan lain. Macam sukan judo, lama tidak menyertai pertandingan luar tapi atlet mereka mempunyai pencapaian yang baik, MOM bagi peluang kali ini," katanya.
Mengenai sukan yang disasarkan mendapat pingat, Sieh berkata MOM tidak menetapkan mana-mana sukan namun berdasarkan kepada persatuan dan atlet itu sendiri.
"Kita letak sasaran tujuh dan mungkin ada yang akan buat kejutan. Kita tidak tahu sebab pada ketika bertanding semangat atlet boleh jadi naik boleh jadi kurang, begitu juga konsentrasi. Macam contoh, menembak, peraturan sudah diubah sedikit dan ini bergantung kepada atlet itu untuk mengekalkan prestasinya," katanya.
Mengimbas prestasi sukan negara, Sieh berkata satu ketika dulu, Malaysia hanya menghantar atlet badminton semata-mata kerana sukan itu mampu menyumbang pingat kepada negara, namun selepas Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998, dengan pencapaian 10 pingat emas sekaligus dunia melihat taraf sukan di negara kita semakin meningkat.
Sementara itu, legenda basikal trek negara Rosman Alwi pula berkata setiap atlet yang bertanding perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal selain ada sasaran tinggi dan bukan sekadar mahu memperbaiki kedudukan mereka.
"Kalau tidak siap semua itu, bermakna atlet belum bersedia untuk pikul tugasannya. Kekuatan mental dan fizikal adalah senjata paling penting kepada persiapan diri seorang atlet, barulah keputusan yang lebih baik dapat dicapai," katanya menafikan penetapan sasaran boleh memberi tekanan kepada atlet. - BERNAMA

ANGGOTA KOMANWEL :-
EROPAH
- United Kingdom (1931) (Alam Komanwel)
- Cyprus (1961)
- Malta (1964)
AMERIKA UTARA
- Kanada (1931) (Alam Komanwel)
- Jamaika (1962) (Alam Komanwel)
- Trinidad dan Tobago (1962)
- Barbados (1966) (Alam Komanwel)
- Bahamas (1973) (Alam Komanwel)
- Grenada (1974) (Alam Komanwel)
- Dominica (1978)
- St Lucia (1979) (Alam Komanwel)
- Saint Vincent dan the Grenadines (1979) (Alam Komanwel)
- Antigua dan Barbuda (1981) (Alam Komanwel)
- Belize (1981) (Alam Komanwel)
- St Kitts and Nevis (1983) (Alam Komanwel)
AMERIKA SELATAN
- Guyana (1966)
AFRIKA
- Afrika Selatan (1931) (meninggalkan Komanwel antara 1961 - 1994)
- Ghana (1957)
- Nigeria (1960) (digantung antara 1995 - 1999)
- Sierra Leone (1961)
- Tanzania (1961)
- Uganda (1962)
- Kenya (1963)
- Malawi (1964)
- Zambia (1964)
- Botswana (1966)
- Lesotho (1966)
- Mauritius (1968)
- Swaziland (1968)
- Seychelles (1976)
- Namibia (1990)
- Mozambique (1995) (negara pertama bukan jajahan British)
- Cameroon (1995)
- Rwanda (2009) (negara kedua bukan jajahan British)
ASIA
- India (1947)
- Pakistan (1947) (meninggalkan Komanwel antara 1972 - 1989, digantung 1999 - 2004 dan 2007 - 2008)
- Sri Lanka (1948)
- Malaysia (1957)
- Singapura (1965)
- Bangladesh (1972)
- Maldives (1982)
- Brunei (1984)
AUSTRALIA & OCEANIA
- Australia (1931) (Alam Komanwel)
- New Zealand (1931) (Alam Komanwel)
- Samoa (1970)
- Tonga (1970)
- Papua New Guinea (1975) (Alam Komanwel)
- Kepulauan Solomon (1978) (Alam Komanwel)
- Vanuatu (1980)
- Tuvalu (1978) (Alam Komanwel)
- Kiribati (1979)
- Nauru (1999)
AHLI YANG DIGANTUNG
- Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001, digantung semula September 2009)
BEKAS AHLI
- Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949
- Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949
- Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003
- Gambia meninggalkan Komanwel pada Oktober 2013
PENGAJARAN
Sukan dilihat sebagai satu aset komesial yang berpotensi untuk berkembang dengan pesat bagi menjana ekonomi negara kita
Dengan ini, Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan , pembangunan sains dan teknologi, pertanian , pendidikan dan sebagainya melalui Komanwel ini. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel umpamanya pemberian status GSP bagi barang Malaysia.Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berkerjasama dan berganding bahu supaya negara kita terus maju ke hadapan serta aman dan makmur.

PENGHARGAAN
Terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah Pengajian Malaysia iaitu Cik Nurul Asma Binti Effendi kerana telah memberikan kami tugasan yang bertajuk 'PERANAN KOMANWEL' bagi sesi Jun 2015
Dengan ini, kami dari kumpulan 7 telah menyiapkan tugasan dengan setulus hati kami. Terima kasih kami ucapkan kepada Cik Nurul Asma Binti Effendi kerana telah membimbing kami dengan seikhlas hati serta mencurahkan kasih sayang beliau kepada kami.

RUJUKAN
- https://www.youtube.com/watch?v=68o9hwC8M44
- http://pengajianmalaysiapms13.blogspot.com/
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Komanwel
- http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/237-komenwel/1078-komenwel.html
- http://www.google.com.my/imgres?imgurl=https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaETgs9PBbevuxXqu4aSR2izcSgYaVkgaOxr5O1jVjg5fIHKnvKRBQ47Vjf4BycO5rNjxwSAQCcBCFYgLmRd307dUmsFEqkZhLoIwDTX3BnepNPlklODyZaCih0UsqKnSvdz3KLP_4hSQ/s1600/bendera%252Bkomanwel.gif&imgrefurl=http://semekarcintaku.blogspot.com/2012/09/komanwel.html&h=260&w=516&tbnid=0gRpM4RmH44h3M:&docid=DYoln82V10szyM&hl=en&ei=fT7eVfapBoyfugTI84a4Dw&tbm=isch&ved=0CB0QMygDMANqFQoTCLbcgejmx8cCFYyPjgodyLkB9w
KESIMPULAN
Sukan dilihat sebagai satu aset komesial yang berpotensi untuk berkembang dengan pesat bagi menjana ekonomi negara kita
Dengan keanggotaan dari 53 negara di seluruh dunia, dari setiap benua dan dengan 1.6 billion penduduk,negara-negara Komanwel percaya bahawa mereka boleh menunjukkan satu contoh yang konstruktif mengenai pendekatan multinasional yang penting bagi keamanan dan pembangunan dunia moden.Badan ini berasaskan perunding,perbincangan dan kerjasama.Hubungan ini menggalakkan dan meluaskan kesefahaman antara negara dan membekal pengaruh yang kuat demi keamanan.
Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan , pembangunan sains dan teknologi, pertanian , pendidikan dan sebagainya melalui Komanwel ini. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel umpamanya pemberian status GSP bagi barang Malaysia.Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berkerjasama dan berganding bahu supaya negara kita terus maju ke hadapan serta aman dan makmur.
Dengan ini, kita juga perlulah menjaga adab sopan santun kepada negara yang lain supaya negara Malaysia dipandang dan disanjung tinggi.

No comments:
Post a Comment